SATU
BULAN TERAKHIR SEBELUM PEPERIKSAAN
SAYA TIDAK AKAN PELAJARI TAJUK-TAJUK BARU LAGI
KERANA SEPATUTNYA SAYA TELAH PELAJARI
SEMUA TAJUK BERKENAN
Di bulan-bulan
terakhir pelajar sepatutnya hanya menekankan perkara-perkara berikut
1.
Ulang kaji bersendiri,
tumpuannya ialah:
# Buat latihan soalan peperiksaan mengikut tahun peperiksaan dan topik
# Buat latihan soalan peperiksaan mengikut tahun peperiksaan dan topik
·
Latihan soalan
tahun-tahun sebelumnya
·
Latihan soalan ramalan
·
Latihan soalan dalam
buku ulang kaji
·
Latihan soalan
peperiksaan sekolah lain
# Semakan daya ingatan
fakta-fakta tertentu
# Baca, fahami dan ingati nota-nota ulang kaji
# Latihtubi matematik, prinsip akaun dan sebagainya
# Baca, fahami dan ingati nota-nota ulang kaji
# Latihtubi matematik, prinsip akaun dan sebagainya
2.
Perbincangan
berkumpulan, tumpuan utamanya ialah:
# Buat diskusi tajuk-tajuk terpilih
# Mengajar kawan-kawan apa yang dipelajari
# Buat kuiz akademik
# Bincang strategi menjawab soalan
# Buat diskusi tajuk-tajuk terpilih
# Mengajar kawan-kawan apa yang dipelajari
# Buat kuiz akademik
# Bincang strategi menjawab soalan
MALAM SEBELUM PEPERIKSAAN
SAYA TIDAK LAGI BELAJAR HINGGA LEWAT MALAM
ATAU BANGUN PAGI TERLALU AWAL
SAYA PERLUKAN MASA REEHAT YANG CUKUP
BAGI MEMASTIKAN MENTAL DAN FIZIKAL SAYA
SEGAR SEPENUHNYA PADA KEESOKAN HARI
Apa yang perlu saya
lakukan ialah:
1.
Menyemak kembali
nota-nota yang berkaitan dengan kertas peperiksaan yang akan di hadapi pada
keesokan harinya.
2.
Menyemak atau menguji
daya ingatan sendiri dengan tajuk-tajuk tertentu
3.
Memastikan alat tulis,
dokumen peperiksaan, kad pengenalan dan pakaian telah siap sedia.
4.
Jangan berbual kosong
atau menonton tv. Jika perlu dengarlah alunan muzik instrumental yang lembut.
5.
Tidur awal sedikit.
Pastikan mendapat rehat yang secukupnya untuk menghadapi peperiksaan.
PADA PAGI HARI PEPERIKSAAN
SAYA BERSEDIA SEPENUHNYA
UNTUK MENDUDUKI PEPERIKSAAN
Saya perlu memberi
perhatian kepada perkara-perkara berikut:
1.
Bangun awal sedikit
untuk memastikan persediaan diri telah sempurna.
2.
Pastikan sarapan yang
mencukupi. Pilih makanan yang rendah kandungan lemak dan karbohidrat serta
kurang pedas. Makan tidak terlalu banyak.
3.
Sekirany perlu,
selesaikan urusan ke tandas samada di rumah atau di sekolah sebelum ke dewan
peperiksaan.
4.
Pastikan keluar rumah
atau asrama awal sedikit.
5.
Pastikan dokumen
peperiksaan termasuk kad pengenalan dan alat tulis serta peralatan-peralatan
lain perlu dibawa bersama.
6.
Yakin pada diri
sendiri, lafazkan lafaz-lafaz positif seperti saya boleh dan sebagainya atau
saranan diri positif.
7.
Sementara menunggu
untuk masuk ke dewan peperiksaan, rujuk nota sepintas lalu untuk sekadar
menenangkan fikiran. Jangan adakan perbincangan dengan sesiapa pun.
BEBERAPA
MINIT AWAL SEBELUM MEMASUKI DEWAN PEPERIKSAAN
SAYA BUAT AKTIVITI PRA-JAWAB SOALAN
UNTUK BINA KEYAKINAN DIRI DAN TENANGKAN
FIKIRAN
Amalkan
perkara-perkara berikut:
1.
Masuk ke dewan
peperiksaan dengan tenang dan senyum. Mulakan dengan langkah kanan dan baca doa
serta Bismillah
2.
Setelah duduk di
kerusi, lakukan perkara-perkara berikut dalam tempoh masa satu atau dua minit
sahaja:
# Doa yang ringkas
# Tarik nafas panjang beberapa kali untuk menenangkan fikiran
# Berkata kepada diri sendiri dengan penuh emosi beberapa lafaz positif
# Doa yang ringkas
# Tarik nafas panjang beberapa kali untuk menenangkan fikiran
# Berkata kepada diri sendiri dengan penuh emosi beberapa lafaz positif
KEMUDIAN BARULAH SAYA TUNGGU ARAHAN DARI
PENGAWAS PEPERIKSAAN UNTUK MEMULAKAN
PEPERIKSAAN.
SAYA BACA, RANCANG DAN JAWAB KERTAS
SOALAN
DENGAN TENANG DAN YAKIN SEKALI.
SEMOGA ANDA SEMUA BERJAYA DENGAN CEMERLANG